Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

January 12, 2012

Pakar Nuklear Iran Terbunuh

(Sumber : Kosmo)

Bila ada je negara Islam yang mempunyai pakar atau kepakaran dalam bidang nuklear mesti akan jadi sasaran negara barat. Ini yang terjadi di Tehran apabila Mostafa Ahmadi Roshan, seorang saintis dan pensyarah telah terbunuh apabila keretanya dilekatkan dengan sebiji bom.

Agensi berita Fars melaporkan, Mostafa sedang bekerja dalam satu projek untuk membuat membran polimerik untuk mengasingkan gas. Mostafa merupakan pakar kimia dan pengarah kemudahan pengayaan uranium Natanz di tengah Iran. Sebelum ini, tiga saintis Iran lain terbunuh pada 2010 dan 2011 apabila kereta-kereta mereka diletupkan dalam situasi serupa.


Sumber : Kosmo

November 21, 2011

Perlawanan Akhir Malaysia lawan Indonesia


Sama-sama saksikan dan memberi sokongan pada kepada Malaysia pada pusingan akhir bola sepak Sukan Sea 2011. Diharapkan Malaysia dapat mempertahankan emas yang mereka miliki pada sukan sea yang lalu...;)

November 9, 2011

Bekerja Lebih Dari 8 Jam Sehari

 (sumber : aidanfoley)

Kajian menyatakan separuh daripada rakyat Malaysia bekerja melebihi 8 jam sehari. Kajian ini dilakukan oleh Regus iaitu penyedia tempat kerja flesibel terbesar didunia. Kebanyakkan pekerja membawa balik kerja-kerja mereka ke rumah dan cuba menyelesaikannya sebelum tengah malam.

Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.

Ermm..mungkinkah aku juga termasuk dalam pekerja yang melebihi 8 jam bekerja..hehe..Rasanya kajian ini memang betul. Ramai yang aku lihat bekerja melebihi masa. Sehinggakan aktiviti riadah/sosial/keluarga ditinggalkan/diabaikan. Nie sebab ramai yang jadi bujang terlajak...andartu..masalah keluarga..anak-anak terabai..dan bermacam-macam lagi gelaja sosial.


Sumber : Kosmo

November 3, 2011

Seluar Dalam Ratu Victoria Dilelong

(sumber : Kosmo)

Ermm..seluar dalam lama pun orang boleh lelong kan. Tapi kalau beli mesti letak dalam frame dan wat perhiasan kan..:)

LONDON - Seluar dalam berwarna putih yang pernah dipakai oleh Ratu Victoria (gambar kecil) dari Britain dijual pada harga £9,375 (RM47,019) dalam satu lelongan di Edinburgh kelmarin.
Harga jualan itu lebih tiga kali ganda daripada jangkaan asal.
Seorang pembeli rahsia membeli seluar tersebut dalam lelongan barang yang terdapat di dalam Rumah Lama Battersea, London.
Rumah Lama Battersea itu merupakan kediaman keluarga Forbes yang terlibat dalam bidang perniagaan penerbitan.
Ratu Victoria memerintah dari 20 Jun 1837 hingga 22 Januari 1901.
Pemerintah Britain itu berkahwin dengan sepupunya, Putera Albert pada 1840. - Agensi

Sumber : Kosmo

October 26, 2011

Vidic Bersara Di Pentas Antarabangsa

Nemanja Vidic telah memutuskan untuk 'menggantung but' di pentas antarabangsa. Vidic selaku kapten squad manchester united membuat keputusan tersebut setelah kesetiaannya bersama squad kebangsaan Serbia diragui. Pentas terakhir beliau di arena antarabangsa adalah ketika menentang Slovenia. Perlawanan tersebut menyaksikan Serbia kalah 0 - 1 dan sekali gus gagal ke pusingan play off untuk ke pusingan akhir Euro 2012.

(sumber : article.wn)

Dengan keputusan ini, diharap Vidic dapat memberi komitmen yang lebih kepada squad Manchester United. Masih terasa kekalahan Man Utd di jiran mereka Manchester City pada perlawanan lepas...:(

October 16, 2011

New Zealand ke final Rugby World Cup 2011

New Zealand menewaskan Australia pada pusingan separuh akhir di Auckland dan seterusnya akan bertembung Perancis untuk penentuan juara tahun ini. New Zealand mendominasi perlawanan tersebut dan menang 20 - 6. Australia gagal manfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri dan ini pasti mengecewakan mereka.

Sebelum itu, Perancis terlebih dahulu melayakkan diri ke pusingan akhir apabila menang tipis ke atas Wales 9 - 8. Australia dan Wales akan bertemu untuk penentuan tempat ke 3 dan k2 4 pada 21 Oktober 2011 ini. Manakala perlawanan akhir pula akan berlangsung pada 23 Oktober 2011.


p/s: Bila Malaysia blh msk world rugby..Jepun pun layak masuk kejohanan ni..:)

October 12, 2011

Bola Euro 2012

Pengeluar bola - Adidas menyatakan mereka telah mencipta bola baru untuk kegunaan di pusingan akhir EURO 2012. Mereka menjelaskan bola terbaru ini bergerak lebih pantas berbanding bola yang digunakan pada Piala Dunia di Afrika Selatan iaitu Jabulani. Ini akan menyebabkan pergerakkan bola sukar diramal jadi kebarangkalian untuk penjaga gol melepaskan gol akan bertambah. Adidas menyatakan mereke sengaja mencipta bola ini dengan harapan untuk melihat banyak gol pada pusingan akhir EURO 2012 ini. Ermm..mungkin strategi untuk menjadikan perlawanan nnt lebih menarik..berbalas gol...!!Nama bola ini akan diumumkan olih Adidas pada 3 Disember ini di Kiev.

Harapan di Euro 2012 ini, England akan menang..Tapi macam tahun selepasnya walaupun dibarisi pemain handalan England tetap kecundang..

Gambar kat bawah ni bukan bola terbaru adidas..Ni bola Jabulani

.
(sumber : Jabulani)

September 30, 2011

Kindle Fire - Amazon

(image source : androidcommunity)

Amazon pula sekarang memperkenalkan tablet mereka iaitu Kindle Fire. Kindle Fire jauh lebih murah berbanding Ipad keluaran Apple. Lebih kurang separuh harga...:)Application Kindle Fire lebih kurang sama dengan Ipad cuma kurang dari segi kamera dan untuk membuat panggilan video. So, still ada kekurangan lagi lah kan...

Amazon menyatakan yang Kindle Fire akan dipasarkan di USA...tidak pula mereka nyatakan untuk pasaran luar dari sana. Kalau masuk pasaran Malaysia mesti laku ni..Harga pun murah..so sesiapa pun blh beli..cuma kena bayar internet access je lah yang mahal skit mungkin dari Maxis, Celcom, Digi or Umobile.

Berikut adalah spesifikasi untuk Kindle Fire:-

Form Factor: Candybar
Dimensions: 7.48 x 4.72 x 0.45 (190 x 120 x 11.4 mm)
Weight: 14.57 oz (413 g)
Colors: Black
Technology: LCD
Resolution: 1024 x 600 pixels
Physical Size:7.00 inches
Touch Screen:Yes (Capacitive)
Multi-touch:Yes
Scratch-resistant glass:Yes
OS : Android
Processor : Dual core, TI OMAP4
Music Player : P3, WAV, MP4, OGG, MIDI
Video Playback: Yes
Supported formats: Office 2007, Office 2003
Other formats: Kindle (AZW), TXT, PDF, unprotected MOBI and PRC
Email : Yes
Internet Browsing : Yes, support HTML
Built-in memory : 8192 MB
Wifi : Yes (802.11b, 802.11g, 802.11n)
USB:Yes
Type: microUSB
Version: USB 2.0


September 22, 2011

KL TOWER INTERNATIONAL JUMP MALAYSIA 2011


Sukan ekstrim KL Tower International Jump Malaysia 2011 kembali lagi. Acara kali ke-11 ini akan menyaksikan seramai lebih 100 orang para penerjun antarabangsa dan tempatan yang terdiri daripada Australia, New Zealand, Ireland, Switzerland, Finland, USA, Russia, Ukraine, Sweden, Oslo, Chile, United Kingdom, Holland, Norway, France, Poland, Germany, Nerthelands, New Zealand, Canada, England, Jepun dan Malaysia mempamerkan aksi-aksi menarik dan mendebarkan untuk tatapan pengunjung Menara Kuala Lumpur.

Tiket-tiket eksklusif ke Pelantar Terbuka untuk menyaksikan terjunan ekstrim ini boleh diperolehi di Kaunter Tiket bermula dari 28 September sehingga 2 Oktober 2011 mulai jam 9.00 pagi hingga 9.30 malam. Dengan 15 minit pengalaman menyaksikan penerjun secara langsung, pengunjung boleh membeli tiket-tiket ini serendah dari RM100.00 hingga RM150.00 untuk tontonan waktu siang dan RM150.00 hingga RM200.00 untuk tontonan waktu malam.

Pengunjung boleh menyaksikan sendiri bagaimana para penerjun ini mempersembahkan aksi-aksi yang mendebarkan dari Pelantar Terbuka dengan ketinggian 310 meter dan hanya mengambil masa enam saat sahaja untuk membuka payung terjun tersebut.

Acara sukan ekstrim ini akan diadakan seperti berikut: 

Tarikh              : 28 September - 2 Oktober 2011
Masa               : 9.00 pagi – 10.00 malam
Tempat            : Menara Kuala Lumpur
 
Marilah berkumpul ke Menara Kuala Lumpur dan menyaksikan sendiri aksi-aksi yang mendebarkan daripada para penerjun yang luar biasa ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 03-2020 5499 atau layari laman web www.menarakl.com.my