January 9, 2013

Kad Kahwin- Kadlestari

Tinggal beberapa bulan je lagi hidup membujang..x lama lagi nak hidup berdua plak...hehe..insyaallah ada rezeki bertiga..berempat..berlima..ish..ish..

Entry kali ni pasal kad kahwin plak..lama sangat dah duk biar blog tak ber'update'...Kad kawin ni pun baru je wat tempahan pada 6 Januari 2013..ketika pameran pengantin di Setia Alam Convention Centre..kalau x pergi sana x tau lah bila nak booking kad ni..:).

Kadlestari menjadi pilihan hati aku dan cik tunang...kami pilih sebab kad diorang ni unik selain dari pakej yang diorang tawarkan. Bila booking masa pameran pengantin tu ada lah promosi yang diorang bagi..dapat lah guest book satu..kira ok jgk..:)


Tapi, rasanya pakej ni sentiasa ada..bukan semasa pameran je. Jadi tilik punya tilik..akhirnya kami pilih pakej C..dapat 1000 kad, 1000 v box ( boleh bagi door gift), bunting, bookmarks dan signage.
Boleh tahan kan...

Jadi sekarang ni tengah design maps untuk ke dewan seks 24..Dah ok baru pergi kedai kadlestari untuk pilih jenis kad dan cetak..selesai satu lagi jobs...:)