Showing posts with label Rugby. Show all posts
Showing posts with label Rugby. Show all posts

October 23, 2011

New Zealand Juara Piala Dunia Ragbi 2011

(sumber : Google)

New Zealand menewaskan Perancis 8 - 7 bagi mendapat gelaran juara Piala Dunia Ragbi 2011. Walaubagaimana pun New Zealand aka All Blacks terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Perancis. Namun kejayaan ini menjadi kenangan manis buat team All Blacks kerana merangkul kejuaraan dunia di tempat sendiri dan dibanjiri oleh ribuan penyokong setia.

Piala Dunia Ragbi telah pun melabuhkan tirainya untuk tahun ini dan kejohanan besar selepas ini pula adalah bola sepak pusingan akhir Euro 2012 di Poland-Ukraine.

October 16, 2011

New Zealand ke final Rugby World Cup 2011

New Zealand menewaskan Australia pada pusingan separuh akhir di Auckland dan seterusnya akan bertembung Perancis untuk penentuan juara tahun ini. New Zealand mendominasi perlawanan tersebut dan menang 20 - 6. Australia gagal manfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri dan ini pasti mengecewakan mereka.

Sebelum itu, Perancis terlebih dahulu melayakkan diri ke pusingan akhir apabila menang tipis ke atas Wales 9 - 8. Australia dan Wales akan bertemu untuk penentuan tempat ke 3 dan k2 4 pada 21 Oktober 2011 ini. Manakala perlawanan akhir pula akan berlangsung pada 23 Oktober 2011.


p/s: Bila Malaysia blh msk world rugby..Jepun pun layak masuk kejohanan ni..:)