November 9, 2011

Bekerja Lebih Dari 8 Jam Sehari

 (sumber : aidanfoley)

Kajian menyatakan separuh daripada rakyat Malaysia bekerja melebihi 8 jam sehari. Kajian ini dilakukan oleh Regus iaitu penyedia tempat kerja flesibel terbesar didunia. Kebanyakkan pekerja membawa balik kerja-kerja mereka ke rumah dan cuba menyelesaikannya sebelum tengah malam.

Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.

Ermm..mungkinkah aku juga termasuk dalam pekerja yang melebihi 8 jam bekerja..hehe..Rasanya kajian ini memang betul. Ramai yang aku lihat bekerja melebihi masa. Sehinggakan aktiviti riadah/sosial/keluarga ditinggalkan/diabaikan. Nie sebab ramai yang jadi bujang terlajak...andartu..masalah keluarga..anak-anak terabai..dan bermacam-macam lagi gelaja sosial.


Sumber : Kosmo