June 30, 2013

Majlis Pernikahan Idrus & Aziey

Tanggal 20 April 2013 tercatitnya sejarah baru didalam kehidupan aku. Kini aku bukan lagi bujang senang yang bebas untuk melakukan sesuatu mengikut kehendak ku. Cee wah..ayat apa ntah ni..hehe..Aku kini telah bergelar suami orang..tanggungjawab pun semakin besar..:) Semoga dipermudahkan Allah untuk menjalani kehidupan baru ku ini..Amin..

Sumber : Google

Majlis Pernikahan ku berlangsung di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah aka Masjid Negeri. Bagi sesiapa yang pernah merasa untuk diijab kabul kan pasti tahu akan perasaan ku ketika itu..hehe..gelisah..tak boleh duduk diam..asyik berjalan je..menanti untuk di nikahkan..Perasaan yang wujud ketika melihat tetamu yang hadir sama ada di pihak aku dan pihak perempuan..hehe..Pendaftar Nikah yang menikahkan aku adalah Ustaz Hatta. Seorang ustaz yang sporting dan suka berjenaka..hilang gemuruh dan perasaan takut yang melanda ketika itu...:)

Alhamdullilah, dengan sekali lafaz aku telah bergelar suami kepada isteri ku..:)Syukur kepada Allah kerana dipermudahkan urusan ini. Selesai sahaja bacaan taklik aku terus bersalaman dengan tetamu yang hadir dan memunaikan solat sunat. Kemudian bermula lah sesi bergambar..:)



Inai di jari aku tak berapa nak merah..huhu..pakai inai tak sampai sejam pun sebelum majlis pernikahan..

Sekian saja untuk kali ini..dah malam..:) Ada masa nanti boleh buat new entry.