February 16, 2012

Perniagaan Urus Niaga Jual Beli Mata Wang (FOREX) Haram



Sumber Kosmo Online

KOTA BHARU - Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan aktiviti perdagangan mata wang asing (Forex) melalui Internet dan perkhidmatan broker bagi urus niaga itu sebagai haram.
Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan tersebut dibuat selepas pihaknya melaksanakan kajian dan mendapati ada beberapa isu yang meragukan.
"Ia antara lain tidak memenuhi syarat jual beli dalam Islam, tidak ada kontrak dan mendatangkan spekulasi yang besar. Seseorang boleh untung dan rugi pada suatu masa. Justeru, kami meminta orang Islam supaya tidak menyertai program atau perniagaan Forex di Internet, setakat ini ia haram," tegasnya ketika ditemui selepas Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke-98 di sini semalam.
Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya mendapati perdagangan Forex melalui bank dan pengurup wang yang sah masih dibenarkan kerana semua transaksinya jelas dan tidak melibatkan spekulasi.
"Terdapat tiga jenis perdagangan Forex; pertama, bank ke bank, yang keduanya, menerusi pengurup wang, dan yang ketiga ialah perdagangan di Internet atau broker.

January 12, 2012

Pakar Nuklear Iran Terbunuh

(Sumber : Kosmo)

Bila ada je negara Islam yang mempunyai pakar atau kepakaran dalam bidang nuklear mesti akan jadi sasaran negara barat. Ini yang terjadi di Tehran apabila Mostafa Ahmadi Roshan, seorang saintis dan pensyarah telah terbunuh apabila keretanya dilekatkan dengan sebiji bom.

Agensi berita Fars melaporkan, Mostafa sedang bekerja dalam satu projek untuk membuat membran polimerik untuk mengasingkan gas. Mostafa merupakan pakar kimia dan pengarah kemudahan pengayaan uranium Natanz di tengah Iran. Sebelum ini, tiga saintis Iran lain terbunuh pada 2010 dan 2011 apabila kereta-kereta mereka diletupkan dalam situasi serupa.


Sumber : Kosmo

November 25, 2011

TM Presents Everyone Connects di Low Yat Plaza




Jom hiburkan hari minggu di Plaza Low Yat dengan aktivi-aktivi menarik bersama TM EveryOne Connect.

November 21, 2011

Perlawanan Akhir Malaysia lawan Indonesia


Sama-sama saksikan dan memberi sokongan pada kepada Malaysia pada pusingan akhir bola sepak Sukan Sea 2011. Diharapkan Malaysia dapat mempertahankan emas yang mereka miliki pada sukan sea yang lalu...;)

November 9, 2011

Bekerja Lebih Dari 8 Jam Sehari

 (sumber : aidanfoley)

Kajian menyatakan separuh daripada rakyat Malaysia bekerja melebihi 8 jam sehari. Kajian ini dilakukan oleh Regus iaitu penyedia tempat kerja flesibel terbesar didunia. Kebanyakkan pekerja membawa balik kerja-kerja mereka ke rumah dan cuba menyelesaikannya sebelum tengah malam.

Kajian itu mendapati 32 peratus daripada pekerja Malaysia dan 38 peratus daripada pekerja global biasanya bekerja antara sembilan hingga 11 jam setiap hari manakala 15 peratus pekerja di Malaysia bekerja secara tetap lebih 11 jam sehari berbanding dengan 10 peratus di seluruh dunia.

Ermm..mungkinkah aku juga termasuk dalam pekerja yang melebihi 8 jam bekerja..hehe..Rasanya kajian ini memang betul. Ramai yang aku lihat bekerja melebihi masa. Sehinggakan aktiviti riadah/sosial/keluarga ditinggalkan/diabaikan. Nie sebab ramai yang jadi bujang terlajak...andartu..masalah keluarga..anak-anak terabai..dan bermacam-macam lagi gelaja sosial.


Sumber : Kosmo