September 28, 2011

TM Presents EveryoneConnects with MY FM 2011



MYFM & TM kini kembali menemui anda di Leisure Mall, Cheras pada 30 September hingga 2 Oktober 2011. Kolaborasi ini yang dinamakan TM Presents Everyone Connects with MyFM 2011 merupakan kesinambungan kepada kolaborasi antara TM dan My FM, stesen radio Cina nombor satu Malaysia yang berlangsung dengan jayanya pada tahun 2010.
TM Presents Everyone Connects with MYFM ini akan di penuhi dengan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung yang pastinya terdiri dari pelbagai kaum terutamanya kaum Cina. Para pengunjung juga akan turut berpeluang membawa pulang barangan eksklusif dari TM dengan setiap langganan dan pembelian barangan TM yang terpilih.
Acara kemuncak akan berlangsung pada hari Ahad,  2011 di mana para penyampai radio MyFM akan tampil untuk menemui para peminat mereka. Persembahan dari artis-artis tempatan  kaum Cina akan turut diadakan. Para pengunjung akan berpeluang memenangi Smartphone Blackberry dengan melanggani sebarang pakej UniFi atau Broadband & Phone 1mbps dan ke atas sewaktu  sesi “Bonus Bonanza”.
Jangan lupa temujanji anda bersama TM & MYFM pada tarikh, waktu dan tempat-tempat berikut:-
NO
VENUE
EVENT DATE
1
Leisure Mall, Cheras
30 September - 2 Oktober
2
Jusco Bukit Tinggi, Klang
14 - 16 Oktober
3
Sutera Mall, Johor Bharu
28 - 30 Oktober
4
Aeon Bandaraya Melaka
4 - 6 November
5
The Mines
11 - 13 November


No comments:

Post a Comment