Sukan ekstrim KL Tower
International Jump Malaysia 2011 kembali lagi. Acara kali ke-11
ini akan menyaksikan seramai lebih 100 orang para penerjun antarabangsa dan
tempatan yang terdiri daripada Australia, New Zealand, Ireland,
Switzerland, Finland, USA, Russia, Ukraine, Sweden, Oslo, Chile, United
Kingdom, Holland, Norway, France, Poland, Germany, Nerthelands, New Zealand,
Canada, England, Jepun dan Malaysia mempamerkan aksi-aksi
menarik dan mendebarkan untuk tatapan pengunjung Menara Kuala Lumpur.
Tiket-tiket eksklusif ke Pelantar Terbuka
untuk menyaksikan terjunan ekstrim ini boleh diperolehi di Kaunter Tiket
bermula dari 28 September sehingga 2 Oktober 2011 mulai jam 9.00 pagi hingga
9.30 malam. Dengan 15 minit pengalaman menyaksikan penerjun secara langsung,
pengunjung boleh membeli tiket-tiket ini serendah dari RM100.00 hingga RM150.00
untuk tontonan waktu siang dan RM150.00 hingga RM200.00 untuk tontonan waktu
malam.
Pengunjung boleh
menyaksikan sendiri bagaimana para penerjun ini mempersembahkan aksi-aksi yang
mendebarkan dari Pelantar Terbuka dengan ketinggian 310 meter dan hanya
mengambil masa enam saat sahaja untuk membuka payung terjun tersebut.
Acara sukan ekstrim ini akan diadakan
seperti berikut:
Tarikh
: 28 September - 2 Oktober 2011
Masa
: 9.00 pagi – 10.00 malam
Tempat
: Menara Kuala Lumpur
Marilah
berkumpul ke Menara Kuala Lumpur dan menyaksikan sendiri aksi-aksi yang
mendebarkan daripada para penerjun yang luar biasa ini.
Untuk
keterangan lanjut sila hubungi 03-2020 5499 atau layari laman web www.menarakl.com.my
1 comment:
nice
Post a Comment