August 30, 2010

Datuk Nicol Ann David gemilang, Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong kecundang.

Tahniah buat Datuk Nicol Ann David kerana menjuarai Kejohanan Terbuka Hong Kong 2010 buat kali kelima. Maknanya kedudukan Nicol sekarang ni sukar digugat untuk masa sekarang. Masa depan tak pasti lagi :). Nicol menewaskan pemain England Jenny Duncalf 3 - 0 pada perlawanan tersebut dalam masa 40 minit.



Sementara itu pula, bagi kejohanan badminton, pasangan beregu negara Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong kalah kepada pasangan China Chai Yun/Fu Hai Feng di Kejohanan Dunia di Paris. Nampak gayanya kempunan lagi Malaysia untuk juara Kejohanan Dunia. Kena cuba lagi tahun depan.

1 comment:

Si Roti Kacang said...

saya akan terus menyokong malaysia.

Post a Comment