May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di Malaysia. Terutamanya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan, Sekolah Kebangsaan Kuala Berang dan Sekolah Kebangsaan Senaling.


Mengapa 16 Mei?
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai HARI GURU kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committe) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai LAPORAN RAZAK (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak tarikh itu.




No comments:

Post a Comment