March 23, 2009

' United belum cukup hebat'



LONDON - Terlalu lembik dan belum cukup hebat.
Itu reaksi pengurus Manchester United, Alex Ferguson sebaik pasukan bimbingannya tewas 0-2 kepada Ful- ham dalam saingan Liga Perdana England kelmarin.

Selepas aksi hambar itu, Ferguson terpaksa mengakui kelemahan pasukannya walaupun sebelum ini dia bercakap besar tentang kehebatan mereka.

Kekalahan di Craven Cottage itu adalah yang kedua buat United dalam masa seminggu selepas tunduk 1-4 kepada pencabar utama, Liverpool minggu lalu.

Pada aksi kelmarin, Danny Mur- phy meletakkan Fulham di hadapan menerusi sepakan penalti pada minit ke-17 selepas Paul Scholes dilayangkan kad merah kerana menampan bola percubaan Bobby Zamora.

Red Devils kemudian ketinggalan 0-2 tiga minit sebelum tamat permainan hasil jaringan menarik Zoltan Gera dan terpaksa bermain dengan sembilan orang ekoran kad kuning kedua yang dilayangkan kepada Wayne Rooney.

"Pada babak pertama kami masih gagal mendapat rentak. Mereka banyak mengawal permainan dan melakukan serangan," kata Ferguson.

"Kekalahan ini amat mengejutkan. Mereka tewas 0-4 kepada kami beberapa minggu lalu dan amat mengecewakan kami gagal menyaingi mereka kali ini.

"Jika kamu alami kekalahan pada bulan Mac dan April, ia akan menjejaskan peluang kamu. Malangnya kami masih lagi mendahului liga ketika ini tetapi tidak terlalu jauh. Saya harap kami akan bangkit semula selepas habis jadual perla- wanan antarabangsa."

Ferguson juga berang dengan insi- den Rooney diperintahkan keluar padang.

"Adakah dia (Rooney) membaling bola ke arah pengadil? Bola dibaling ke arah di mana sepakan percuma itu sepatutnya diambil, jadi adakah ia kena pengadil?" tegasnya. - Agensi

sumber:-
Kosmo!Online

4 comments:

luxs said...

bukan blom cukup mantap..mmg x mantap pun.kekekeke

luxs said...

bukan blom cukup hebat..tp mmg x hebat pun..kekekekeek

luxs said...

WTF!!

luxs said...

ManU dok rok cetong!!!

Post a Comment